Malaysiakini
SENI & HIBURAN

Pelakon larikan isteri orang dihadapkan ke mahkamah esok

Bernama

Diterbitkan
Dikemaskini 29 Mei 2020, 4:15 pagi

Seorang pelakon lelaki yang didakwa menjalinkan hubungan serta melarikan isteri orang akan dihadapkan ke mahkamah esok.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini berkata lelaki berusia 24 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah.

Dia akan didakwa di Mahkamah Ampang pada 9 pagi esok, katanya.

Semalam, Bernama melaporkan polis menahan lelaki terbabit selepas dia selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang berhubung dakwaan menjalinkan hubungan dan melarikan isteri orang.

- Bernama

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.